'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Sunday, September 21, 2008

Kementerian Kewangan adakan taklimat luar biasa kepada Najib

Kementerian Kewangan akan mengadakan taklimat luar biasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keadaan ekonomi dan kewangan negara serta situasi global di kementerian itu esok.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata taklimat lengkap yang mengandungi semua aspek berhubung Kementerian Kewangan itu akan disampaikan kepada Najib yang juga Menteri Kewangan oleh pegawai-pegawai kementerian.

“Esok adalah kali pertama Najib menghadiri mesyuarat di Kementerian Kewangan sebagai Menteri Kewangan dan pihak kementerian telah mengatur satu taklimat luar biasa kepada beliau.

Taklimat itu memang luar biasa dari segi keseluruhan dan kesempurnaan kerana ia lebih lengkap.

“Macam-macam isu akan dibentangkan pada taklimat itu termasuk berhubung keadaan ekonomi, kewangan serta cabaran-cabaran yang dihadapi di Malaysia dan di arena antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya anjuran Liga Muslim Pulau Pinang di Masjid Kapitan Keling di sini hari ini.

- Bernama

No comments: