Sikap degil seorang kanak-kanak akhirnya membawa padah apabila mercun yang dibakar bukan sahaja nyaris meragut nyawa sendiri tetapi mengakibatkan rumahnya musnah dalam kebakaran di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, mercun gasing yang dibakar Mohd. Asyras Mohamad, 11, berpusing-pusing sebelum memasuki rumah mereka di Kampung Permatang Sintok di sini.
Mohd. Asyras kemudiannya cuba mencari mercun itu di dalam rumah dengan bantuan kakaknya, Nurul Alwani, 19, tetapi tidak berhasil sebelum menyedari api mula merebak dan memusnahkan sama sekali rumah mereka.
Ibu kanak-kanak itu, Rozaini Hashim, 42, tidak menyangka kedegilan anaknya itu akhirnya menyebabkan mereka tiga sekeluarga tidak dapat berhari raya di rumah sendiri tahun ini.
Tuesday, September 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment