Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menafikan laporan bahawa harga beras Super Special lima peratus jenama Jasmine Super Tempatan dan 15 peratus hancur (ST15) melambung.
Menurut satu kenyataan kementerian hari ini, Syarikat Jasmine Food Corporation menjelaskan bahawa beras Super Special lima peratus dijual pada harga antara RM16.50 hingga RM17 bagi setiap 10 kilogram dan bukannya antara RM27.50 hingga RM33.50 seperti yang dilaporkan.
Beras Super Special Tempatan lima peratus pula dijual pada harga RM26.75 hingga RM27.20 bagi sekampit 10 kilogram dan ia di bawah harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM2.80 sekilogram.
Harga beras import pula tidak dikawal oleh kerajaan kerana ia bergantung kepada harga pasaran dunia, menurut kenyataan itu.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment