'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, September 15, 2008

Sarawak: Program 'Sahabatku' bantu tangani gejala sosial

Kebudayaan, komuniti dan pendidikan semarak kejiranan

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan memperkenalkan program 'Sahabatku' yang diyakini mampu membantu usaha jabatan itu menangani masalah gejala sosial yang semakin meningkat di kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandar DBKU, Mohd Atei Abang Medaan, berkata program itu akan menggabungkan elemen kebudayaan, komuniti dan pendidikan yang disusun bagi menyemarakkan semangat kejiranan penduduk kampung dan hidup saling tolong-menolong.

Program itu adalah cara terbaik antara DBKU dan orang ramai dengan peserta Sahabatku diharap dapat menjadi 'mata dan telinga' dalam usaha jabatan menangani gejala tidak sihat.

Selain mengeratkan hubungan kemasyarakatan, Sahabatku boleh dijadikan penggerak kepada pelbagai aktiviti dengan sasaran utama adalah golongan muda di dalam kawasan DBKU. Ia juga mampu meningkatkan semangat kejiranan antara kita dan dengan adanya muafakat lebih erat, ia dapat menangani gejala negatif seperti vandalisme dan kecurian

No comments: