'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, September 17, 2008

Sarawak: 138,000 warga Indonesia balik kampung beraya

Kira-kira 138,000 warga Indonesia yang kebanyakannya bekerja dalam sektor perladangan dijangka 'mudik' meninggalkan negeri ini secara berperingkat sempena sambutan Aidilfitri.

Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak, Datuk Robert Lian, berkata tempoh puncak pergerakan warga Indonesia ini dijangka berlaku dalam masa seminggu lagi dengan pintu masuk di Tebedu dijangka akan menjadi laluan tumpuan.

"Dianggarkan 138,000 rakyat Indonesia yang berada di negeri ini secara sah akan pulang berhari raya dengan jalan keluar utama adalah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dan Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Tebedu.

"Berikutan dari itu semua pintu masuk darat akan dilanjutkan tempoh operasi bagi memudahkan urusan dengan kakitangan saya sudah diminta untuk bekerja lebih masa sepanjang musim perayaan ini," katanya ketika ditemui di Program Gerak Mesra anjuran Badan Pencegah Rasuah-Jabatan Agama Islam Sarawak di sini, kelmarin.

Angka 138,000 yang dikemukakan berkenaan mungkin lebih rendah dari jumlah sebenar warga Indonesia di Sarawak kerana berdasarkan anggaran semasa tidak kurang 200,000 rakyat negeri itu berada di sini ketika ini.

Pergerakan mudik atau pulang ke kampung halaman di kalangan warga Indonesia di sini agak berlainan kerana pada masa yang sama mereka akan membawa pelbagai peralatan seperti peti ais, mesin basuh dan televisyen sebagai hadiah kepada keluarga yang menunggu.

Robert berkata, tiada operasi khas mengesan pendatang izin akan dilakukan sepanjang bulan puasa dan Aidilfitri, namun pihaknya akan mengetatkan kawalan pintu masuk sejurus selepas bulan Syawal tamat.

No comments: