'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, September 15, 2008

Tabung Baitulmal Sarawak dijangka kutip RM4 juta zakat

821 amil dilantik turut buka kaunter di bazar Ramadan, pusat beli-belah

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menjangkakan kutipan zakat fitrah tahun ini meningkat kepada RM4 juta berbanding RM3 juta tahun lalu berikutan peningkatan kadar dan pembayar.

Pengurus Besarnya, Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie, berkata selain kadar fitrah yang berubah daripada RM5.20 kepada RM7.50 tahun ini, pertambahan jumlah pembayar zakat menjadi penyumbang.

Katanya, 821 amil dilantik TBS bagi menguruskan kutipan zakat fitrah di seluruh negeri dengan setiap masjid mempunyai ketua amil yang menyelaras kutipan wang zakat di kawasan masing-masing.

"Kaunter pembayaran zakat fitrah dibuka di semua bazar Ramadan sekitar Kuching dan pusat membeli-belah utama di seluruh negeri dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

"Saya meminta umat Islam menunaikan tanggungjawab ini lebih awal dengan berjumpa dengan amil bertauliah serta tidak menunggu pada akhir bulan dan tidak tergesa-gesa," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Mengulas mengenai kemungkinan pembayaran zakat fitrah di Sarawak dapat dilakukan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti di Semenanjung, Abang Shibli berkata, ia masih terlalu awal bagi dilaksanakan di negeri ini.

"Setakat ini, kita belum berhasrat melaksanakan kaedah pembayaran menggunakan SMS kerana ia masih pada peringkat awal dan memerlukan kajian terperinci sebelum dapat dilaksana sepenuhnya.

"Saya menggalakkan orang ramai bersemuka sendiri dengan amil ketika menjalankan tanggungjawab membayar zakat fitrah kerana ia lebih afdal dan pada masa yang sama dapat bertanya sebarang kemusykilan mengenai zakat terus kepada amil," katanya.

Abang Sibli berkata, TBS turut mensasarkan peningkatan dalam kutipan zakat harta tahun ini yang dijangka mencecah RM27 juta berbanding RM20.07 juta pada tahun lalu.

"Setakat ini, kutipan zakat harta sudah mencecah RM21.30 juta dari awal tahun hingga semalam. Daripada jumlah itu, RM10.73 juta diperolehi daripada kutipan zakat perniagaan, diikuti pendapatan (RM9.02 juta), wang simpanan (RM1.1 juta) dan selebihnya dari lain-lain zakat," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya meminta lebih ramai pembayar zakat menggunakan khidmat skim potongan gaji kerana ia dapat memberi kemudahan khususnya kepada kakitangan awam dan swasta, termasuk pekerja kilang kerana ia lebih mudah kepada golongan yang sibuk.

1 comment:

Anonymous said...

jangan hanya kutip...agih perlu jugak diberitahu....% agih perlu diberitahu umum berbanding kutip...