'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, December 6, 2007

34. Pencapaian kewangan Petronas kekal cemerlang



Pendapatan syarikat meningkat RM102.9b berbanding RM88.9b tahun lalu

PETRONAS terus mengekalkan prestasi kewangan cemerlang dengan meraih keuntungan sebelum cukai RM42.6 bilion dalam separuh pertama berakhir 30 September 2007, meningkat 6.2 peratus daripada RM40.1 bilion tempoh sama tahun kewangan lalu.

Prestasi memberangsangkan itu diraih daripada pendapatan berjumlah RM102.9 bilion, meningkat 15.8 peratus daripada RM88.9 bilion.

Selepas ditolak cukai dan kepentingan minoriti, keuntungan bersih syarikat kebangsaan itu ialah RM26.6 bilion, peningkatan 7.7 peratus daripada RM24.7 bilion. Berikutan itu, nilai asetnya terus mengukuh kepada RM309.57 bilion, sementara dana pemegang sahamnya berkembang kepada RM178.2 bilion, meningkat 13.1 peratus berbanding RM157.6 bilion tahun lalu.

Petronas menerusi kenyataan mengumumkan keputusan kewangan itu semalam berkata, daripada jumlah pendapatan yang diraihnya dalam tempoh dikaji, operasi antarabangsa, tidak termasuk pendapatan eksport menyumbang RM40.77 bilion atau 39.6 peratus.

Katanya, jualan produk petroleum ditapis terus menjadi penyumbang utama pendapatannya dengan jualan bernilai RM38.1 bilion, meningkat 37 peratus berbanding hasil jualan sebanyak RM33.57 bilion dalam tempoh sama tahun kewangan lalu.

Pendapatan daripada jualan minyak mentah pula menjadi penyumbang kedua terbesar dengan nilai jualan RM20.75 bilion, meningkat 20.2 peratus. Sementara itu, gas asli cecair (LNG) terus menjadi penyumbang ketiga terbesar pendapatannya dengan jualan sebanyak RM15.4 bilion, meningkat 15 peratus. Sumbangan operasi antarabangsa kepada jumlah pendapatan Petronas meningkat 30.9 peratus daripada RM31.13 bilion pada tahun kewangan sebelum ini, sekali gus menunjukkan ia terus mengukuhkan kehadirannya dalam industri minyak dan gas dunia.

Petronas berkata, rizab minyak mentahnya sehingga 1 Januari 2007 terus meningkat kepada 26.49 bilion tong bersamaan minyak daripada 25.85 bilion tong pada 1 Januari tahun lalu. Daripada jumlah itu, rizab minyak mentahnya di Malaysia adalah 20.18 bilion tong, meningkat 1.35 peratus daripada 19.91 bilion tong. Rizab minyak mentah antarabangsanya pula berjumlah 6.31 bilion tong sehingga 1 Januari lalu, meningkat 6.2 peratus daripada 5.94 bilion tong.

Kenyataan Petronas itu berkata, pengeluaran minyaknya di Malaysia dalam tempoh separuh pertama tahun kewangan semasanya berakhir 30 September lalu meningkat kepada 1.603 juta tong bersamaan minyak sehari daripada 1.55 juta tong dalam tempoh sama tahun kewangan lalu. Pengeluaran minyak antarabangsanya pula berjumlah 613,100 tong bersamaan minyak sehari.

Berita Harian 6/12/07

No comments: