'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, December 4, 2007

25. Kempen di kampus elak jerat sindiket dadah

PADA 2006, rekod Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menunjukkan dua wanita tempatan terpedaya dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk membawa dadah ke beberapa negara dan ditahan pihak berkuasa negara berkenaan.

Bagaimanapun, antara Januari hingga Oktober tahun ini, jumlah wanita tempatan yang terbabit dengan kes itu meningkat kepada 26, sebahagian besarnya adalah penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Wanita tempatan terbabit dijadikan 'kaldai', istilah yang digunakan JSJN, oleh sindiket dadah antarabangsa untuk membawa najis itu memasuki beberapa negara.

JSJN yang risau dengan perkembangan itu mula merangka siri ceramah jelajah seluruh IPTA di negara ini bermula dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini bagi mendedahkan modus operandi sindiket berkenaan kepada penuntut, khususnya wanita, supaya tidak termasuk jerat yang amat berbahaya itu.

Pengarah JSJN, Datuk Mohd Bakri Zinin, berkata siasatan polis mendapati antara punca yang menyebabkan penuntut tempatan terjebak dengan jerat sindiket berkenaan ialah bersembang dalam internet, berkawan rapat dengan rakyat asing, terpikat dengan janji pekerjaan, hubungan intim dengan warga asing, terpengaruh dengan janji kemewahan, melancong ke luar negara, kurang pendedahan kepada media massa dan tidak peka dengan undang-undang berkaitan dadah. Namun begitu, katanya, banyak kes bermula dengan sesi sembang internet yang kemudian membuahkan cinta antara gadis dan lelaki rakyat asing yang kebanyakannya datang ke negara ini sebagai penuntut.

"Majoriti mangsa datang daripada keluarga berpendapatan sederhana dan inginkan kemewahan serta terpengaruh dengan janji pasangan warga asing itu," katanya. Penuntut IPTA dijadikan sasaran oleh ejen sindiket kerana mereka adalah golongan yang banyak terdedah dengan internet serta mudah didekati menerusi talian dan boleh berbahasa Inggeris selain berpelajaran. Ini modus operandi sindiket memerangkap gadis tempatan. Ejen warga asing itu akan berusaha memikat sasaran tanpa mengira jangka waktu dan mula mempengaruhi mereka apabila sudah ada ikatan cinta atau mula dipercayai oleh pasangan.

"Wanita itu tidak sedar bahawa mereka sebenarnya bertepuk sebelah tangan saja sedangkan ejen sindiket itu langsung tidak ada perasaan terhadap mereka, tetapi hanya mahu memerangkap untuk dijadikan orang tengah dalam urusan penghantaran dadah. Sasaran sindiket ialah wanita Melayu dan India," katanya.

Siasatan JSJN mendapati antara ejen dikenal pasti setakat ini ialah dua rakyat asing, masing-masing dari Iran dan Nigeria berusia antara 25 hingga 30 tahun. Kedua-duanya mula memainkan peranan apabila si gadis benar-benar mempercayainya dan akan membiayai semua kos perjalanan ke negara tertentu dan berjumpa dengan ejen lain di sana kononnya untuk melancong. "Dari situlah pembabitan gadis itu bermula apabila diminta membawa dadah ke negara tertentu dan jika terlepas dia akan bernasib baik dan jika ditangkap, PDRM tidak berupaya berbuat apa-apa kerana kita perlu menghormati undang-undang negara berkenaan," katanya.

Malah, dalam kes malang, ada gadis yang diugut dengan senjata api supaya membawa dadah itu ke destinasi tertentu oleh ejen sindiket apabila tiba di negara tertentu berseorangan. Sindiket itu pula menggunakan pelbagai istilah yang merujuk kepada dadah yang hendak dibawa seperti ubat dan serbuk emas. "Kita semakin risau mengenai isu ini, mereka (ejen sindiket) datang ke Malaysia sebagai pelajar dan bersahabat dengan sindiket di sini dan mula merekrut gadis di sini.

"Mereka akan memikat gadis di pusat beli-belah dan diumpan dengan pelbagai barang berjenama," katanya. Rekod JSJN menunjukkan 26 gadis tempatan yang ditahan pada tahun ini ialah sembilan di Peru, masing-masing lima di Argentina dan China, tiga Brazil dan masing-masing dua di Venezuela dan Australia.

"Bagaimana kita hendak membuktikan beg mengandungi dadah yang dibawa itu bukan milik kita sedangkan ia didaftarkan atas nama kita dan pada masa itu gadis akan sedar dia sudah ditipu, tetapi sudah terlambat," katanya. Beg yang diarah dibawa itu pula diubah suai untuk menyembunyikan dadah, manakala kunci dipegang oleh ejen sindiket. Gadis tempatan itu kini ditahan di penjara negara berkenaan sama ada sudah dijatuhi hukuman atau menunggu perbicaraan tamat. Pihak berkuasa Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa.

Mereka berusia antara 18 hingga 40 tahun dan semuanya mempunyai hubungan intim dengan warga asing.
Siasatan polis juga mendapati mangsa keluar menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Bangkok sebelum diarah ke negara tertentu seperti Peru, Madrid di Sepanyol, Venezuela dan Beunos Aries.

Mangsa juga diarah beroperasi antara lapangan terbang negara berkenaan tanpa ada jalan keluar sehinggalah ditangkap dan kemudian tidak akan dipedulikan oleh sindiket atau 'teman lelaki istimewa' mereka.

No comments: