'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, December 3, 2007

19. Fomca kesal pihak berkuasa biar barang tiruan dijual

GABUNGAN Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mahu kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas peniaga pasar malam dan kawasan kaki lima yang membenarkan tapak premis mereka digunakan untuk penjualan cakera optik seperti VCD dan DVD cetak rompak. Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman , berkata penguatkuasaan undang-undang di negara ini tidak digerakkan secara bersepadu menyebabkan peniaga yang menyalahi undang-undang masih bebas berniaga secara terbuka terutama di pasar malam dan kawasan tumpuan ramai. Beliau berkata, akta sedia ada jelas menyatakan apa saja penjualan produk itu sama ada tulen atau cetak rompak tidak boleh dibuat secara terbuka.
“Namun, apa yang mengecewakan, selama ini penguatkuasaan hanya nampak ketara dijalankan oleh KPDNHEP dengan membuat serbuan serta rampasan di kilang yang mengeluarkannya, tetapi langkah menanganinya secara serius pada peringkat peniaga pula nampak seakan tidak bersungguh-sungguh. “Apa yang ketara ialah pihak berkuasa lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), polis mahupun jawatankuasa penduduk setempat seakan lepas pandang dan mengambil sikap ‘itu bukan kerja kami’ sehingga menggalakkan penjualan barang tiruan terus berleluasa di pasar malam,” katanya. KPDNHEP, katanya tidak boleh dipersalahkan kerana mungkin mereka lebih memberi penumpuan menghapuskan sindiket ini pada peringkat akar umbi untuk mengesan sebanyak mungkin pengeluar cereka itu.
Bagaimanapun, katanya, memang usaha membanteras lanun cetak rompak bukan perkara mudah tambahan ia didalangi kumpulan samseng yang bertindak membelakangi undang-undang pada bila-bila masa. Namun, usaha memerangi sindiket itu perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu. Justeru, Mohd Yusof berkata, PBT sewajarnya menetapkan garis panduan khusus bagi mengenal pasti jenis perniagaan yang boleh beroperasi di pasar malam dan memastikan apa saja bentuk perniagaan yang menyalahi peraturan ditarik hak penyewaan tapak. “Mungkin ketika mengemukakan permohonan, peniaga tidak berterus terang jenis perniagaan mereka. Namun, setiap kali pengendali pasar malam memeriksa premis untuk mengutip bayaran sewa, pastinya mereka nampak apa yang dijual dan amaran secara terus boleh dibuat. “Jika didapati perniagaan yang sama masih dijalankan pada minggu berikutnya, pengendali pasar malam, tidak kiralah penguat kuasa PBT atau jawatankuasa perumahan sepatutnya boleh membatalkan lesen tapak kerana melanggar peraturan yang ditetapkan. Ini tidak, pihak berkenaan menganggap itu bukan kerja mereka dan membiarkan saja ia berterusan,” katanya.
Beliau berkata, sewaan tapak kepada peniaga memang memberi keuntungan atau pulangan kepada pengendali menyebabkan mereka kadangkala tidak ambil kisah apa jenis perniagaan yang dikendalikan. Jika sebelum ini arahan dikeluarkan supaya pemilik premis pasar raya tidak menyewakan tapak perniagaan kepada peniaga cakera optik, arahan yang sama juga sepatutnya dikeluarkan kepada pengendali pasar malam dan mesti dipatuhi. Mengulas mengenai penjualan cakera optik cetak rompak yang terus berleluasa, Mohd Yusof berkata, ia berlaku disebabkan kerana adanya pembeli yang terus berminat mendapatkan barang itu walaupun mengetahui ia tidak berkualiti. “Pengguna di negara ini tidak menganggap karya seseorang sebagai harta. Bagi mereka, apa saja yang murah akan dibeli. Jurang harga barang tulen dan tiruan terlalu tinggi menyebabkan pengguna tiada pilihan lain. Keuntungan industri ke atas penjualan cakera padat sebenarnya terlalu tinggi. “Semua pihak perlu sedar, isu cetak rompak bukan isu besar kepada pengguna. Mereka tidak kisah kerana bukan semua filem yang dijual di pasaran akan ditonton selalu dan kebanyakan album pula hanya mempunyai sebilangan lagu menarik. Sudahnya, yang murah menjadi pilihan,” katanya.

Berita harian 3/12/2007

No comments: