'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, December 13, 2007

41. Ekonomi - Ekonomi negara diunjur 5.8%

Sebuah pertubuhan perdagangan terkemuka Jepun mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.8 peratus pada tahun depan, disokong oleh permintaan domestik, daripada 5.7 peratus tahun ini.

Keyakinan pengguna akan kekal stabil. Di samping itu, pengaliran masuk pelaburan langsung asing dijangka kekal teguh mengikut kenyataan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) dalam Tinjauan Ekonomi Asia Timur 2008 yang dikeluarkan 12 Disember 2007.

Jetro optimis tentang pertumbuhan Malaysia meneruskan kadar lajakkannya yang stabil berdasarkan kadar inflasi yang rendah, dengan indeks harga pengguna meningkat hanya 0.2 mata peratusan daripada purata 2.4 peratus tahun ini.

Eksport negara ini dijangka meningkat pada kadar yang cepat sedikit pada tahun depan, katanya.

Iklim pelabur Malaysia tahun depan juga dijangka baik memandangkan penurunan cukai korporat yang akan membantu menambah baik persekitaran pelaburan.

Sejak permulaan tahun ini, ringgit terus kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata pertubuhan perdagangan itu. Pertukaran mata wang itu dalam tempoh Januari-November tahun ini terus berada pada kadar lebih 6.0 peratus lebih tinggi daripada purata tahun lepas secara keseluruhannya.

Ini telah mewujudkan, melalui harga import yang stabil, iklim pelaburan yang stabil bagi perusahaan memandangkan prospek bahawa keyakinan pengguna akan kekal tinggi berdasarkan penstabilan pasaran buruh, penggunaan persendirian juga dijangka meningkat pada kadar yang lebih tinggi daripada 2007.

Pelaburan swasta, yang meningkat sebanyak 7.0 peratus pada tahun lepas, semakin cepat dan diunjurkan meningkat sebanyak 7.5 peratus.
Ekoran pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan tahun lepas, perbelanjaan kerajaan bagi tahun ini semakin meningkat.

Pelaburan awam yang meningkat 8.9 peratus tahun lepas dijangka berkembang pada kadar cepat 9.3 peratus, didorong terutamanya oleh pelaburan berterusan dalam projek pembangunan dan projek-projek lain.

Dianggarkan pelaburan akan meningkat sebanyak 8.4 peratus, lebih cepat sedikit berbanding kadar 7.9 peratus dalam 2006.

Petikan UM 13/12/07

No comments: