Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin Malaysia mampu mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus pada tahun ini, walaupun berhadapan dengan kenaikan harga minyak global.
Menurut beliau, negara kini berada di landasan yang betul untuk mencapai unjuran tersebu,t selepas berjaya mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.7 peratus pada suku ketiga tahun ini.
‘‘Meskipun mahu mencapai unjuran tersebut, kita (kerajaan) amat berhati-hati dalam berhadapan dengan kenaikan harga minyak,’’ katanya pada taklimat Laporan Interim - Kajian Kemajuan Program Transformasi Syarikat-syarikat Milik Kerajaan (GLC) 2007, di sini hari ini.
Selepas taklimat itu, Perdana Menteri telah menghadiri majlis Syarahan Khazanah Global di tempat yang sama.
Sementara itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz pula berkata, ekonomi negara masih dapat bertahan dalam menghadapi tekanan inflasi berikutan kenaikan harga bahan bakar.
Mengulas mengenai unjuran kadar inflasi pada tahun depan pula, Zeti berkata, bank pusat akan membuat pengumuman mengenainya pada awal tahun depan.
Utusan Malaysia 11/12/07
Tuesday, December 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment