'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, December 13, 2007

43. Isu - Elak Malaysia jadi pusat lambakan dadah

TERDAPAT 53 kes penahanan rakyat Malaysia di luar negara berhubung kesalahan dadah yang dilaporkan sehingga bulan lalu. Ironinya, 72 peratus daripadanya membabitkan golongan wanita yang terperangkap dalam jerat percintaan serta tawaran kerja palsu.

Fenomena sosial yang membimbangkan ini adalah petunjuk jelas bahawa telah wujud rangkaian sindiket pengedaran dadah antarabangsa di negara kita. Tambahan pula, kedudukan Malaysia terletak di kawasan yang dipanggil Segi Tiga Emas iaitu kawasan yang ‘subur’ dengan aktiviti pemprosesan dan pengedaran dadah di rantau Asia Tenggara membabitkan Burma, Laos dan Thailand.

Dalam konteks benua Asia pula, negara kita berhadapan dengan ancaman lambakan dadah antarabangsa dari kawasan Bulan Sabit Emas di sekitar pedalaman Pakistan, Afghanistan dan Iran.

Terdapat dakwaan bahawa wujudnya kaitan seorang rakyat kita yang berpengaruh di Sabah dengan Raja Syabu Asia, Chin Soon Goon yang telah diberkas di Filipina pada 21 November 2007 lalu.

Apa yang lebih penting, setiap daripada rakyat negara ini mesti memiliki jati diri yang kuat untuk tidak mudah terpengaruh dengan sebarang janji manis tetapi palsu yang akan menggelapkan masa depan.

Nasib malang yang menimpa Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, dan Raja Munirah Raja Iskandar, 22, seharusnya menjadi titik tolak kesedaran semua pihak untuk tidak menjadi mangsa penipuan seterusnya.

Dalam masa yang sama, pihak kerajaan serta kedutaan negara di luar negara seharusnya konsisten memantau nasib rakyat kita yang ditahan di luar negara. Kementerian Penerangan dan Kementerian Luar misalnya perlu menyebarkan maklumat terhadap masyarakat terutama generasi muda berhubung penipuan ini.

Hakikatnya, modus operandi aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah antarabangsa di negara ini perlu segera dicantas agar tidak melumpuhkan modal insan golongan muda Malaysia yang menjadi harapan negara masa depan

No comments: