'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, December 3, 2007

20. Tiga peratus warga asing bawa penyakit

Antara dua hingga tiga peratus daripada lebih sejuta pekerja asing di Malaysia dikesan sebagai pembawa pelbagai penyakit berjangkit termasuk Aids, batuk kering, sifilis dan Hepatitis B serta C, setiap tahun. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata keadaan itu amat membimbangkan sehingga kerajaan mengenakan tindakan ketat dengan mewajibkan setiap pekerja asing yang masuk ke negara menjalani pemeriksaan kesihatan. Sehubungan itu, katanya, kementerian tidak bersetuju dengan cadangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya pekerja asing dikecualikan daripada menjalani pemeriksaan kesihatan untuk bekerja di Malaysia.
"Cuba bayangkan, antara 20,000 hingga 35,000 pekerja asing yang berada di kalangan rakyat Malaysia mempunyai penyakit berjangkit itu. "Jika penyakit itu menular di negara ini, ia akan menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Buku Terbesar Gedung Buku Popular, di sini, semalam. Dr Chua berkata, cadangan untuk tidak mewajibkan pemeriksaan kesihatan terhadap pekerja warga asing hanya memburukkan lagi tahap kesihatan rakyat Malaysia.
"Kita tidak mahu pekerja asing menjadi sumber kepada penularan penyakit berjangkit di Malaysia," katanya.

Berita Harian 3/12/07

No comments: