'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, December 4, 2007

26. JKKK diminta amanah laksana tanggungjawab

Semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini perlu memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing sekali gus menjalankan amanah itu demi kelancaran semua projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan mereka.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr Tiki Lafe, berkata walaupun jawatan JKKK hanya sukarela, mereka yang dilantik hendaklah melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab. Beliau berkata, sikap sesetengah ahli JKKK kurang memberi perhatian kepada kemajuan dan pembangunan kampung menyebabkan kawasan mereka terus ketinggalan.

Katanya, mereka yang berasa tidak mampu melakukan tugas yang diamanahkan hendaklah memberi laluan kepada orang lain, demi kelancaran semua projek pembangunan di kawasan mereka. "Ahli JKKK yang `tidur' perlu bangun atau berundur kerana kewujudan mereka akan membantutkan pelaksanaan semua projek pembangunan yang sedang dan akan dijalankan.

"Mereka seharusnya kerap turun padang, memantau semua kerja pembangunan yang dilaksanakan oleh kontraktor dan memaklumkan sebarang kelemahan dan penipuan sekiranya ada, bagi memudahkan tindakan pembetulan diambil," kata.

Beliau berkata demikian di Majlis Sivik Silaturahim anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Daerah Lundu di Dewan Kampung Sebako, Sematan dekat sini semalam. Turut hadir, Pegawai Daerah Lundu, Baseri Jack, Pegawai Penerangan Bahagian Kuching/Samarahan, Madeli Sulaiman dan Ketua Kaum, Wang Ering.

Majlis Sivik itu satu landasan bagi merapatkan hubungan di antara pemimpin dan masyarakat serta kaedah untuk menyampaikan maklumat yang tepat. Tiki yang juga Ahli Parlimen Mas Gading turut menyeru masyarakat di Daerah Lundu agar berfikiran terbuka dan membuat perubahan untuk memajukan diri.

Beliau berkata, kerajaan sudah melaksanakan pelbagai program yang sistematik untuk kepentingan rakyat dan menjadi tanggungjawab setiap orang untuk mengambil peluang yang sedia ada. Katanya, rakyat perlu mengusahakan bidang yang belum wujud atau tidak lagi diusahakan.

Justeru itu, katanya adalah menjadi tanggungjawab ahli JKKK untuk membuka minda rakyat bagi mempelbagaikan sumber dan peluang untuk kemajuan bersama.

"Sebanyak 355 keluarga miskin tegar di kawasan Parlimen Mas Gading akan bebas dari masalah tersebut menjelang penghujung 2008 dan 2009 melalui program yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

"Saya memohon agar Ketua Kaum atau ahli JKKK mengenalpasti golongan yang memerlukan bantuan dan memaklumkan kepada pegawai daerah agar bantuan dapat disalurkan," katanya.

Pada majlis itu, Tiki menyerahkan geran kerajaan bernilai RM5,000 kepada Majlis Guru Besar Daerah Lundu.

No comments: