'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, December 17, 2007

48. Penyakit mental: Bomoh lebih dipercayai

Kepercayaan masyarakat kepada hantu, jin dan semangat jahat menyebabkan rawatan bomoh dan pawang lebih dipercayai oleh masyarakat untuk mengubat penyakit mental berbanding rawatan moden.

Ketua Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Ling How Kee berkata, rawatan moden di hospital kerajaan dan swasta menjadi pilihan terakhir untuk mengubat penyakit jiwa, gila dan gangguan perasaan.

‘‘Penyakit mental sering dikaitkan dengan perbuatan sihir, ilmu hitam oleh pihak-pihak tertentu atau rasuk oleh semangat jahat.
‘‘Ada yang menolak sama sekali kaitan faktor kesihatan dengan penyakit itu,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pelbagai Rawatan dan Bantuan Penyakit Mental’ pada Persidangan Kesihatan Mental, di sini, hari ini.

Persidangan tiga hari yang berakhir hari ini disertai oleh 300 peserta dari seluruh negara termasuk dari Indonesia dan Brunei.
How Kee berkata, kepercayaan itu yang masih tebal di kalangan masyarakat khususnya di negeri ini menyebabkan khidmat bomoh dalam masyarakat Melayu, manang (Iban), pimpuri (Bidayuh), abayoh (Melanau) dan tangki (Cina) masih dipegang kuat.

Petikan UM 16/12/07

No comments: