'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Sunday, December 23, 2007

50. Kuching mungkin bebas banjir

Penduduk di bandar raya ini mungkin terlepas daripada ancaman banjir pada Krismas ini jika awan hujan yang kini berkumpul di selatan Sarawak ditiup ke arah Laut China Selatan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata, gambar satelit pada masa ini menunjukkan arah tiupan angin menghala ke Timur Laut.

“Jika kejadian air pasang besar sahaja kita tidak risau kerana baraj mampu mengawal aliran masuk air laut ke Sungai Sarawak.
“Tetapi jika hujan berterusan untuk beberapa hari, ia boleh menimbulkan kebimbangan,” katanya sambil menambah arah tiupan angin juga boleh berubah pada bila-bila masa.

Dr Chan ditemui ketika melawat baraj dan diberi taklimat ringkas oleh Pengurus Besar Kuching Barrage Management Sdn Bhd Goh Chin Guan.
Turut serta, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Morshidi Ghani.

Pasang besar bermula semalam dan berakhir pada 29 Disember dengan catatan tertinggi 6.1 meter pada 24 dan 25 Disember.

Dr Chan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bencana Alam Negeri menambah kata, baraj akan ditutup sehingga kejadian pasang besar berakhir.

Manakala cuaca untuk tujuh hari bermula semalam diramalkan hujan sepanjang hari.

Bagi Sibu, beliau berkata kawasan berkenaan diramalkan tidak mengalami banjir untuk kali kedua.

Dalam pada itu beliau mahu semua penduduk di kawasan rendah berwaspada dan peka dengan maklumat terkini berkaitan banjir.

No comments: