Kastam Diraja Malaysia (KDRM) meminta kerajaan mengkaji semula Akta Kastam 1967 kerana mendapati hukuman dalam akta itu tidak lagi relevan dalam menangani masalah penyeludupan yang semakin berleluasa hingga menjejaskan ekonomi negara. Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid, berkata pindaan perlu dibuat terhadap hukuman dalam akta itu yang tidak sedikitpun menakutkan sindiket penyeludupan dalam melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang negara. Beliau berkata, pihaknya juga mahukan pindaan hukuman dibuat terhadap tonto yang semakin berani mencabar tugas anggota KDRM hingga ada di kalangan mereka cedera dan meninggal dunia akibat disabotaj anggota upahan sindiket penyeludupan itu.
"Bayangkan, pada bulan Oktober saja terdapat kira-kira 28 kes penyeludupan dan pada lalu meningkat kepada 38 kes membabitkan pelbagai barangan seludup bernilai jutaan ringgit yang cuba diseludup sindiket penyeludupan," katanya ketika ditemui di sini semalam. Pada masa ini, bagi mereka yang ditahan kerana melakukan kesalahan menyeludup akan didakwa mengikut Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Berita Harian 3/12/2007
Monday, December 3, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment