'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, December 11, 2007

40. Makanan segera wajib ada label kandungan bahan

Syarikat-syarikat makanan segera menghadapi kemungkinan disiarkan nama mereka dalam media massa jika didapati gagal menampilkan maklumat mengenai kandungan bahan dalam makanan yang dijual kepada pembeli sebelum hujung tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, tindakan tersebut perlu memandangkan hanya dua syarikat makanan segera yang telah menyahut arahan kerajaan yang dikeluarkan sejak enam bulan lalu itu.

Beliau berkata, ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pengguna memilih makanan segera yang benar-benar memberi khasiat kepada mereka.

‘‘Mereka kena ada label yang jelas tentang kandungan bahan yang digunakan dan juga peratusan setiap makanan segera yang diambil oleh pengguna.
‘‘Setakat ini, hanya KFC dan McDonald yang bersedia untuk menampilkan label berkenaan di semua premis masing-masing tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Keenam Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) di sini, hari ini.
Pada majlis yang sama, beliau melancarkan Garis Panduan Pengiklanan dan Pelabelan Maklumat Pemakanan Makanan Segera.

Bagaimanapun, Soi Lek memberitahu, kementerian tidak menolak kemungkinan untuk mewujudkan satu peraturan baru yang akan memaksa syarikat makanan segera mematuhi arahan tersebut di masa depan.

‘‘Jika siar nama mereka dalam media massa masih tidak memberi kesedaran, kita akan mewujudkan satu peraturan yang akan memaksa mereka mematuhinya,” katanya.
Mengenai kandungan garis panduan tersebut, beliau berkata, syarikat makanan segera dilarang menaja rancangan kanak-kanak dan menyiarkan iklan mereka sepanjang rancangan itu ke udara.

‘‘Iklan makanan segera dilarang menampilkan maklumat pemakanan yang mengelirukan dan tidak boleh menggalakkan pengambilan makanan segera secara berlebihan.
‘‘Iklan berkenaan juga tidak boleh mengkategorikan makanan segera mereka sebagai diet yang seimbang atau lengkap,” katanya.

Utusan Malaysia 11/12/07

No comments: