'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, December 10, 2007

36. Lundu tidak tersisih lagi

Kawasan bersempadan Kalimantan Barat sudah nikmati pembangunan, jadi pusat tarikan
pelancong

Kedudukan Lundu yang terletak bersempadan Kalimantan Barat, Indonesia, pernah menjadikannya pekan kawasan sempadan yang dikaitkan dengan aktiviti rentas sempadan. Ketika zaman konfrontasi antara Indonesia dan Malaysia sekitar 1965, Lundu juga menjadi medan pertempuran rakyat dua negara itu.

Bagaimanapun, setelah 50 tahun merdeka, Lundu turut menikmati pembangunan dan tidak lagi dibayangi negara jirannya berikutan lokasi berdekatan sempadan. Seperti pekan lain, di negara ini, Lundu memiliki kemudahan asas seperti hospital, pusat kesihatan, klinik swasta dan klinik desa, sekolah rendah dan menengah, pejabat daerah dan daerah kecil.

Kemudahan lain termasuk pejabat Pos dan telekom, pejabat kastam dan imigresen, balai polis dan kem tentera, dewan serba guna dan balai raya, perpustakaan umum dan desa, Kem Bina Semangat, Pueh serta padang permainan dan rekreasi.

Terbaru, Lundu terus mengukir nama sebagai pusat pelancongan dan pertanian utama di negeri ini. Antara tempat menarik di bandar itu adalah keindahan alam semula jadinya yang dapat dilihat pada Taman Negara Gunung Gading, Taman Negara Tanjung Dato dan Taman Perlindungan Kehidupan Liar Samusan, Sematan.

Gunung Gading misalnya banyak ditumbuhi bunga Rafflesia yang terkenal sebagai bunga aneh dan terbesar di dunia. Pulau Talang Talang pula taman negara pertama yang dikhaskan bagi memelihara hidupan marin terutama penyu di Sarawak.

Taman negara ini seluas 19,414 hektar dan terdiri daripada empat pulau terdiri daripada Pulau Satang Besar, Pulau Satang Kecil, Pulau Talang-Talang Besar dan Pulau Talang-Talang Kecil. Lundu juga sering dikunjungi keluarga dari Kuching yang terletak kira-kira 100 kilometer dari situ ekoran keindahan pantainya termasuk Pantai Siar, Pantai Pandan dan Pantai Sematan. Telok Melano pula kian dikenali di kalangan pelancong kerana industri homestaynya. Selain putih bersih, pantai berkenaan juga kaya dengan tumbuhan, hidupan marin serta kemudahan penginapan yang serba selesa pada harga berpatutan.

Dari segi pertanian pula, ia aktiviti ekonomi utama di Lundu malah 80 peratus penduduknya menceburi bidang itu. Kebanyakan mereka terbabit dalam penanaman koko, lada hitam, padi, buah-buahan dan kelapa sawit. Pada masa yang sama, aktiviti pembalakan, pengilangan papan, Pemeliharaan Ulat Sutera, Pemeliharaan Ketam, Udang Harimau, Ikan Air Tawar dan pengambilan pasir Silika juga sumber ekonomi penduduk di sini.

Seorang penduduk tempatan, Salhah Ibrahim, 54, berkata Lundu memang pesat membangun kebelakangan ini terutama sejak pembinaan Jambatan Sungai Kayan yang siap dibina pada tahun 2005. Katanya, ini kerana jambatan itu bermakna penduduk Lundu tidak lagi perlu bergantung kepada perkhidmatan feri seperti sejak puluhan tahun lalu. Kesan lanjutan daripada jambatan itu, kini ramai penduduk tempatan menceburi bidang perniagaan kerana semakin ramai orang luar berkunjung ke Lundu.

"Tidak dinafikan kerajaan Barisan Nasional tunggak utama yang memacu pembangunan pekan ini malah ibu tunggal seperti saya tidak pernah diabaikan dalam semua perkara," katanya. Seorang lagi penduduk, Lu Ning Xiang, 50, berkata Lundu berpotensi sebagai pengeluar buah eksotik dan buah kristal, produk terbaru pekan itu sejak empat tahun lalu. Katanya, baka buah itu dibawa dari negara lain namun ditanam secara komersil di Biawak kira-kira 15 kilometer dari Lundu. "Kini ramai orang datang ke Lundu kerana buah yang dijual pada harga RM12 sekilogram," katanya.

No comments: